"Nady Niaga – Penyelesaian Lengkap Dokumen Dan Template Secara Digital."

Troli Anda

Troli anda kosong pada masa ini

TENTANG KAMI

 

Seorang Dokumen Editor yang teliti, berpengalaman dan berdedikasi dalam menyunting pelbagai jenis dokumen termasuk laporan perniagaan, artikel, e-buku, templat profesional dan bahan pemasaran digital. Mempunyai kemahiran tinggi dalam memastikan ketepatan bahasa, struktur ayat yang jelas, konsistensi gaya dan format yang profesional. Cekap menggunakan perisian Microsoft Office, Google Docs dan alat suntingan PDF. Komited untuk meningkatkan kualiti kandungan dan menyampaikan mesej yang tepat kepada sasaran pembaca.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kami adalah penyedia penyelesaian dokumentasi dan template digital yang komited untuk membantu individu dan organisasi memperkemas operasi mereka melalui kandungan berkualiti tinggi, boleh disesuaikan, dan mudah digunakan. Dengan menggabungkan kefahaman mendalam tentang keperluan pentadbiran moden dan kepakaran dalam reka bentuk dokumen, kami menawarkan pelbagai produk digital yang menjimatkan masa, mengurangkan kesilapan, dan meningkatkan profesionalisme.

Tentang Produk/Perkhidmatan Kami

Kami merupakan penyedia perkhidmatan dokumentasi perniagaan dan eBook digital yang komited membantu usahawan, organisasi, dan individu mendapatkan dokumen-dokumen penting dalam bentuk digital yang kemas, tersusun, dan profesional.

1. Perkhidmatan Dokumentasi Perniagaan

Kami membantu menyediakan dan menyusun pelbagai dokumen penting yang diperlukan dalam operasi dan pengurusan perniagaan seperti:

  • Profil Syarikat
    – Menampilkan maklumat syarikat secara profesional untuk tujuan penjenamaan, kerjasama, atau tender.
  • Proposal Perniagaan
    – Menyediakan cadangan projek atau kerjasama perniagaan dalam format tersusun dan meyakinkan.
  • Pelan Perniagaan (Business Plan)
    – Untuk rujukan dalaman atau mendapatkan pembiayaan daripada pihak luar.
  • Portfolio Syarikat
    – Menampilkan hasil kerja, pengalaman, dan testimoni pelanggan sebagai bukti kredibiliti.
  • Dokumentasi Tender dan Sebutharga
    – Menyediakan dokumen lengkap untuk menyertai sebarang proses tender secara rasmi.
  • Laporan Kewangan / Audit
    – Menyediakan format laporan dalam bentuk digital dan mudah diakses.

Semua dokumen disediakan dalam format editable (Word/Google Docs) dan PDF, serta boleh disesuaikan mengikut keperluan klien.

2. Produk Template Digital & eBook

Kami juga menghasilkan pelbagai template dan eBook digital yang boleh dimuat turun dan digunakan terus oleh pelanggan:

  • Template Perniagaan
    – Contoh surat rasmi, invois, laporan jualan, kertas kerja, carta organisasi, SOP dan banyak lagi.
  • eBook Pendidikan & Keusahawanan
    – Modul latihan, panduan permulaan bisnes, strategi pemasaran digital, dan banyak lagi topik menarik untuk bantu usahawan celik ilmu dan bertindak.
  • Pakej Bundle
    – Gabungan template + eBook + bonus (contohnya: checklist + panduan video ringkas).

Kenapa Pilih Kami?

Jimat Masa & Tenaga
Tak perlu buat dari kosong – kami sediakan dokumen siap pakai.

Profesional & Kemas
Dokumen direka khas untuk tampilkan imej bisnes yang meyakinkan.

Mesra Guna & Boleh Edit
Format fleksibel, sesuai untuk kegunaan berulang atau penyesuaian.

Sokongan & Panduan
Kami berikan bantuan sekiranya pelanggan memerlukan bimbingan dalam menggunakan dokumen.

Dengan gabungan kreativiti, struktur, dan teknologi, kami percaya setiap dokumen bukan sekadar kertas kerja — ia adalah cerminan profesionalisme dan asas kepada kejayaan.