PELAN KEWANGAN
0 Sold
RM 500.00
0 (0 rating)
Stok: 1000
Dokumen perancangan yang mengandungi unjuran (ramalan) pendapatan, perbelanjaan, aliran tunai, kos operasi, keuntungan dan kerugian, serta keperluan modal sesebuah perniagaan dalam tempoh tertentu (biasanya 1 hingga 5 tahun).
Kuantiti
TUJUAN PELAN KEWANGAN
- Merancang dan mengurus kewangan perniagaan secara sistematik
- Membantu memastikan wang masuk dan keluar dapat dikawal dengan baik bagi mengelakkan pembaziran atau kerugian.
- Menilai daya maju (viabiliti) sesuatu perniagaan atau projek
- Pelan ini menunjukkan sama ada perniagaan mampu menjana keuntungan dan menampung kos operasi dalam jangka panjang.
- Membantu membuat keputusan kewangan yang bijak
- Seperti bila untuk melabur, bila untuk berjimat, atau bila perlu mendapatkan pembiayaan tambahan.
- Menentukan keperluan modal dan sumber pembiayaan
- Sama ada perlu modal sendiri, pinjaman, pelabur, atau geran, pelan kewangan akan menganggarkan jumlah dan tujuan modal tersebut.
- Sebagai dokumen rujukan untuk pelabur dan institusi kewangan
- Untuk mendapatkan keyakinan pelabur, bank atau penaja, bahawa perniagaan mempunyai aliran kewangan yang kukuh dan terancang.
- Mengukur prestasi dan keuntungan perniagaan
- Dengan membandingkan unjuran kewangan dengan pencapaian sebenar, syarikat dapat menilai prestasi dan mengambil tindakan penambahbaikan.
- Merancang pertumbuhan jangka panjang
- Pelan kewangan menunjukkan bagaimana perniagaan boleh berkembang dari segi jualan, aset, dan keuntungan dalam tempoh masa tertentu.