PELAN OPERASI
0 Sold
RM 450.00
0 (0 rating)
Stok: 1000
Dokumen perancangan yang menerangkan bagaimana sesuatu perniagaan atau projek akan dijalankan dari segi pengurusan harian, proses kerja, penggunaan sumber, tenaga kerja, lokasi, dan sistem sokongan yang diperlukan untuk mencapai objektif syarikat.
Kuantiti
TUJUAN PELAN OPERASI
- Menjelaskan proses harian perniagaan
- Memberi gambaran terperinci tentang bagaimana produk atau perkhidmatan disediakan, dijual dan dihantar kepada pelanggan.
- Merancang penggunaan sumber secara cekap
- Termasuk penggunaan bahan mentah, tenaga kerja, teknologi, mesin, dan kemudahan fizikal.
- Menyusun struktur organisasi dan tanggungjawab staf
- Menyatakan siapa buat apa, bila, dan bagaimana — untuk mengelakkan pertindihan tugas atau kekeliruan dalam operasi.
- Mengawal kualiti dan produktiviti
- Membantu memastikan setiap bahagian operasi berjalan mengikut piawaian dan menghasilkan output berkualiti.
- Menentukan jadual pengeluaran dan penghantaran
- Supaya produk atau perkhidmatan dapat disiapkan dan disampaikan mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
- Menilai kos operasi dan kecekapan
- Pelan ini membantu dalam mengenal pasti perbelanjaan operasi dan mencari cara penjimatan kos tanpa menjejaskan kualiti.
- Menyediakan rancangan sokongan semasa kecemasan
- Termasuk pelan sandaran (contingency plan) jika berlaku gangguan bekalan, kerosakan mesin, atau kekurangan tenaga kerja.
- Sebagai panduan pelaksanaan projek atau perniagaan baharu
- Digunakan oleh pasukan pelaksana dan pengurusan untuk memastikan pelaksanaan berlaku secara tersusun dan teratur.